Feeds RSS
Feeds RSS

Friday, July 30, 2010

seksanya rasa....

malam nie aku terpaksa kerja malam nie bermakna aku terpaksa tinggalkan princess aku tuu...oh tuhan rupanya nie lah hati seorang ibu rupanya..kat tempat kerja tp hati melonjak nk balik kat umah..nie lah kali pertama juga rannya tido mlm tanpaku..

macamanalah agaknya dia nk tido..biasanya aku mesti pasang bacaan yassin kat phone..mesti cpt jer dia ader feel nak tido..pusing2 satu katil tertidolah dia nanti...macamana pulak dgn waktu minum susu dia..jgn bibik dia tak terjaga sudah..harap2 semua oklah kt umah tu tanpa kehadiran aku hehehe..

aku tak blh nk bayangkan lah mcmana kalau terpaksa nk tinggalkan dia kat kampung...mesti aku tak blh...tinggal sekejap pun berat jer rasa..tu yg aku cukup emosi bila baca kes2 buang anak...memang btl2 gilerlah sape yg buat tu..budak2 tak boleh nak pertahankan diri sendiri tergamak diaorg buang dan biar sampai kesejukan..kelaparan..dan akhirnya mati mcm tu jerr...dah lg tragis ader yg mati di makan anjing liar..letak kt mana kepala hotak diaorg...kang aku dh emosi hehehe ok cukup2 kang ader panjang lg aku membebel...

lambatnya malam nak berlalu..esok pagi baru aku blh balik dah kerja kat hospital kenalah keja mlm2 kan..haha hambik kau...kalau aku tak kerja kang kena kerja tetiba mampus gelabah aku..memandangkan raya nie aku kena kerja so aku trylah buat on call..bkn nak duit sangat cuma nk pengalaman jer...

Wednesday, July 28, 2010

Masih Suami Isterikah di Alam Akhirat?



1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.


Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah
SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim).
Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

 
2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin
sesudahnya.


Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada
ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.


Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan
suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang
daripada lelaki yang masuk syurga.


4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.


Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya
masuk syurga.


5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.


Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya

suaminya masuk syurga.


6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.


Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang
terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami
yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu
menjadi ahli syurga.


Rasullullah SAW bersabda.. ‘wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.
Semoga kita dikalangan mereka yang soleh&solehah,insyaAllah...