Feeds RSS
Feeds RSS

Tuesday, May 18, 2010

kisah my baby..

Hampir 4 hari juga rannya selsema..risaunya bila si kecik tak sihatkann..mujurlah dia tak banyak masalah walaupun susah nak bernafas dia try juga bernafas..kemarin dah bawak dia pegi klinik pakar kanak-kanak an-nur tu juga mungkin ambik masa sikitlah nak baik..arini saya tengok dia dah ok sikit dah tak ader hingus lagi..legalah tengok dia aktif jer

malam nie dia tido awal pukul 8 malam dah tido agaknya lepas makan ubat ngantuk kot..saya pun malas nak turun tengok tv terus jer menyibukkan diri..yelah kena tinggal memerap dlm bilik jer lahh..bosannn..bosan..


sabtu lepas rannya dah start boleh pusing2 badan dah..dia dah menyiarap di merata-rata tempat..tetiba tengok jer dah rapat bawah sofa hehe..macam nie tak boleh lekalah kena perhatikan dia jer..sekarang nie dia dah pandai menangis kalau org ambik barang yang dia pegang..memang cute ler kadang2 tu sajer suka kacau dia..paling suka dia berebut phone dengan saya lahhh..melalak2 dia nakkan tepon tu..

Monday, May 10, 2010

Hakikat sebuah Pernikahan

Sebuah artikel buat pedoman kita bersama...Semoga semua bahagia & dikurnia kemuliaan drNYA,insyaAllah...

Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan.Hakikat yang seperti apakah yang paling membahagiakan? Cuba kita lihat…dan manakah pilihan kita???
1- Jika hakikat pernikahan adalah kerana nafsu, maka pasangan rajin
bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan.
2- Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bankrup.
3- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka keripot atau badan jadi gendut.
4- Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak.
5- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.
6- Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagi pula manusia.Yang dicintai pasti MATI / PERGI.
7- Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepadaALLAH,
sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH

Sunday, May 9, 2010

This weekend...


This weekend aku tak pg bercuti cuma ronda2 kl ajer bersertakan 2 adik ipar aku cix n normy...kebiasaanya ari cuti kami bangun sikit lewatlah bukan selalu dapat bangun lewatkan..lepas solat subuh sambung tido lagi..biasanya rannya pun sama bangun lewat kalau dia tahu ader org teman dia tido..pagi sabtu tu aku sempat masak sandwich ajer utk breakfest..

trip pertama kami bermula seawal pukul 11 pagi..mula kami ke equine park pastu ke puchong hehe nak tahu aper kami buat kena tunggu lah bila semuanya menjadi realiti kang aku cite lebih2 tak ader aper jadi malulah hehe...

pukul 2 kami balik umah..aper lagi aku dengan sepantas kilatnya mulakan tugas memasak..untunglah bibik aku tak payah nk siapkan makanan utk kami sebab suami aku tak suka makan masakan bibik tuu...petang kami teruskan ronda sampai ke malam...

malam tu kami makan di Sri Ayutthaya wangsa Maju..masakan ala-ala thailand so kami order tomyam, green curry chicken, kerabu chicken feet, baby squid black paper, udang sambal petai..cukuplahhkan kang byk2 membazir pulakk..korang kena cuba mkn kat situ sedap jugak dan layanan pun bestt..

Mother day ahad nie aku lepak kat umah jer siapkan makanan untuk hidangan kami sekeluarga..kami ajak izah n family join makan di rumah meriah sungguh makan ramai2..menu biasa ajer tak lupa normy buat puding koktail untuk dessert lunch kami...

Wednesday, May 5, 2010

rutin hariaanku..

hampir setiap hari balik sajer dari kerja aku akan menunaikan solat..mandi jika aku rasa banyak masa lahhh..pas tu aku turun bawah untuk bermain2 dengan rannya sekejapp..dia kalau aku balik mesti sengih2 jer sukakann..cian pulak kalau tak pegang dia...

selepas itu aku masuk dapur untuk memulakan tugas memasak..pandai ker aku masakk???..bolehlah aku main belasah ajerr masak aper pun..yang penting boleh di makankan..semalam aku masak ketam pedas telur hehe..bunyinya macam pelik ajer tapi rasanya boleh tahan gak lahh..bibik aku memang jarang masak dia just tolong2 aper yang patut dan goreng2 ayam..ikan ker macam tu je lahh..

suami aku pulak balik keja nak makan hehe apalagi aku kenalah siapkan masakan walaupun tak seberape hehe..tapi my hubby kata sedap jer hehe..

Tuesday, May 4, 2010

bangun pagii..

Semalam aku tidokan rannya dan aku terus tertido..awal jugalah aku tido belumpukul 11 lagi waktu tu..pukul 4 pagi aku terjaga..tetiba aku tengok rannya tengah main dengan patung kuda der..diam jer tak menangis tu aku pun tak sedar bila dia terjaga ..ishk budak niee entah aper di buatlah..aku pun bangun dah buat susu untuk dia..pas minum susu dia pun sambung tido semula hehe agaknya tak tahu bezakan siang dan malam lagi agaknya..dok suka bermain ajer kejanya..

Pagi nie pukul 6.40 pagi dah besar jer mata dia..pusing kiri kanan pastu menyiarap dan bising2 bercakap bahasa dia..sebutannya macam bunyi aaa  aaa aabaaaahhh..hehe tu yang suami aku kata rannya dah pandai panggil dia hehe perasaankan..rupanya bangun pepagi dia nak berak rupanya...adikkk niee orang lain sibuk nak siap pegi keja dia pun sibukk jugaa.. aku pun hantar dia kat bibik dia untuk di tukarkan pampers...

Monday, May 3, 2010

Diari Rannya 5 bulan



pegi jalan2 di equine park

sebelum nie aku ader bagitahu nak tunjuk gambar baby aku..nie aku letak gambar dia yang kiut miut..umurnya baru 5 bulan, walaupun aku dah terlepas 4bulan nak tulis perkembangan dia tapi xperlah..

sekarang nie rannya yang aku panggil adik berusia 5 bulann..makin comel dia hehe walaupun org lain tengok x comel mana tp aku tengok comel hehe..dia baru ajer di tidokan oleh bibik dia..berat adik sekarang dah 6kg..makin cerdik dan makin berakal hehe..letihlah sikit nak menguruskan dia..tapi berbekalkan sifat keibuaan yang ader pada aku niee..semuanya boleh di atasi..

rannya masih belum tumbuh gigi hehe..dia cuma boleh menyiarap ajer sekarang nie..tp yang istimewanya rannya nie tak banyak ragam nak menjaga dia..dia tak pernah menangis mlm2 sampai terjerit2 tu..cuma nangis nk susu ajer biasanya tu pun nangis2 manja..

aku blm bagi dia makan lagi setakat nie dia cuma makan biskut untuk baby tu jer lah..lagi pun dia tak menunjukkan simptom tak cukup makan so tak perlulah kan..aku bercadang umur dia 6 bulan baru bagi makan bubur nasi..

aktiviti aku bila dengan dia aku ajar rannya baca ABC..123 hehe macam faham jer tapi dia suka sampai nganga2 mulut suka agaknya nak ikut tapi x pandai lagii..nak tido pun sama konon2nya belajarlah..


                                                             bersantai di rumah

Sambungannn....

Malam sabtu tuu kami makan di Restoran Simpang Tiga..masakan padang dan moden..Semuanya ala-ala indonesian..kami makan daging goreng,paru goreng,ayam penyekk,dan masak lemak perut kott...sedap jugalah tp yang istimewanya semuanya disertakan dengan sambal belacan dlm lesung batu yg comelll...baby rannya tertido atas pangku aku sambil aku makan..sian dia kena usung sana-sini...


Pas makan kami jejalan di Gerbang Malam..nak tahu aper dia Gerbang Malam tu ala2 pasar malam jer sebenarnya..lenguhlah lengan rannya tak nak duduk dlm stroller dia terpaksa dukung dia sekejap jerlah aku ronda...

Saturday, May 1, 2010

Jalan-jalan di Ipoh..

Minggu nie aku bercuti kat perak..selama 2 malam kami bermalam di bandaraya Ipoh..mula2 kami bermalam di Tower Regency dan malam nie di Syuen Hotel..

Malam tadi kami makan di Restoran MP..memang kenyang giler sampai nak tertido sambil makan..pastu boleh main masak2..semua seafood belaka..abis diet akuuu..

malam nie kami nak cuba makan di Restoran Simpang Tiga..masakan Padang..nanti balik aku bagi komen sedap ke tak tempat makan tu..bolehlah cubakannn..

cuaca kat sini tak berapa elok pulak tak dapatlah nk pegi ke Gerbang Malam..cuma dapat pegi ke Parkson jer lah kot pasal depan hotel jer ni..