Feeds RSS
Feeds RSS

Friday, October 8, 2010

tensionnnn....

adussss sakit otak aku sekarang niee..masalah yg sejak sebulan dulu masih lagi tak sattle jugakkk...pasal aper lg maid...MAID...M.A.I.D jugak masalhnya...dah 2 ekor pembantu umah aku buat hal...yang last nie lari pulak nak raya aritu...aper salah pun x tahu rasanya aku tak garang mana pun...tapi lantak kau lah nak lari aku malas nk cari kau!!!!!! agen lak tunggu punya tunggu dah sebulan tak ader jugak pengganti ader ader nak aku buat amukan besar-besaran agaknya baru nk buat kerja cpt2....PENGASUH?????? bkn aku tak carii...tp terpaksa aku reject sebabnya jaga ramai sgt baby...umah pengasuh pulak masyaallah sepah2nya......umah aku lg bersih ( bkn nk pujilah)...aku tak leh nanti aku dok fikir mana anak aku nak main dengan tempat yang kotor dan tak terurus tuu...tidakkklah aku nk htr ke situ..makannya lg kang aderr dpt infection lakkk...


semalam aku terpaksa korbankan htr rania ke kampung...aku terpaksa...sgt2 terpaksa...sedihnya hati aku tuhan jer yang tahu semalaman aku menangis sedih...anak aku tuuuuu...sedih ingat dia menagis nak ikut aku...aku tak sanggup tapi aku terpaksa...mummy janji seminggu jer adik duduk kat kampung...nanti bila ader bibik mummy ambik adik........huahhuuuuuuu...kalau aku boleh cuti aku buat nie...aku dh 2 minggu cuti dan kebetulan pulak jadual on call yang banyak aku dah tak dpt nk adjust semua nie...mummy minta maaf......

Wednesday, August 18, 2010

penangan bulan pose

alahai dh 9 hari kiter berpuasa cptnya rasa masa berlalu dan dh startlah susah ati nak masak aper masa berbuka hehe...setiap masa terluang dok belek resepi kt internet kot2 ader yang mudah n senang nk buat heheh...tu kalau aku lah yang tak berapa nk pandai memasak nie...

semalam jer baru kami berbuka di luar tu pun kat restoran tasik idaman jer hehe..tak lagi menjamu selera di hotel2 sekarang nie bahaya sikit semua kenma check halal ker tak dulu..kang tak pasal2 pulak makan yang tak halal...tapi heran juga tahun nie barulah JAKIM dok sibuk2 check dulu tak pulakkan ....tapi aper2 pun bagus tindakan diorang tu kan...

Friday, July 30, 2010

seksanya rasa....

malam nie aku terpaksa kerja malam nie bermakna aku terpaksa tinggalkan princess aku tuu...oh tuhan rupanya nie lah hati seorang ibu rupanya..kat tempat kerja tp hati melonjak nk balik kat umah..nie lah kali pertama juga rannya tido mlm tanpaku..

macamanalah agaknya dia nk tido..biasanya aku mesti pasang bacaan yassin kat phone..mesti cpt jer dia ader feel nak tido..pusing2 satu katil tertidolah dia nanti...macamana pulak dgn waktu minum susu dia..jgn bibik dia tak terjaga sudah..harap2 semua oklah kt umah tu tanpa kehadiran aku hehehe..

aku tak blh nk bayangkan lah mcmana kalau terpaksa nk tinggalkan dia kat kampung...mesti aku tak blh...tinggal sekejap pun berat jer rasa..tu yg aku cukup emosi bila baca kes2 buang anak...memang btl2 gilerlah sape yg buat tu..budak2 tak boleh nak pertahankan diri sendiri tergamak diaorg buang dan biar sampai kesejukan..kelaparan..dan akhirnya mati mcm tu jerr...dah lg tragis ader yg mati di makan anjing liar..letak kt mana kepala hotak diaorg...kang aku dh emosi hehehe ok cukup2 kang ader panjang lg aku membebel...

lambatnya malam nak berlalu..esok pagi baru aku blh balik dah kerja kat hospital kenalah keja mlm2 kan..haha hambik kau...kalau aku tak kerja kang kena kerja tetiba mampus gelabah aku..memandangkan raya nie aku kena kerja so aku trylah buat on call..bkn nak duit sangat cuma nk pengalaman jer...

Wednesday, July 28, 2010

Masih Suami Isterikah di Alam Akhirat?



1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.


Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah
SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim).
Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

 
2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin
sesudahnya.


Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada
ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.


Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan
suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang
daripada lelaki yang masuk syurga.


4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.


Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya
masuk syurga.


5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.


Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya

suaminya masuk syurga.


6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.


Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang
terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami
yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu
menjadi ahli syurga.


Rasullullah SAW bersabda.. ‘wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.
Semoga kita dikalangan mereka yang soleh&solehah,insyaAllah...









Wednesday, June 30, 2010

selamat pagi semua...

tetiba teringat kat blogku ini..dah lama x entry kt blog sendiri rindu pulak nak menulis..ari nie ari khamis ari paling getir di tempat kerjaku n paling sibuk sekali..byklah kes-kes biopsy n yg dok keja kat general hadaplah kes-kes orthopedik...aduhai naik jemu dok x-ray org..kadang2 tu boleh jumpa patient yg sama jer...dah tu keja aku pastu nak membebel sendirikan hehehe....

Wednesday, June 2, 2010

milikki kebahagian itu..



stres dan kemurungan sering kali terjadi di sebabkan beberapa faktor seperti persekitaran, pergaulan dan pemakanan.
pendek kata gaya hidup seseorang byk menyumbang kepada kewujudan stress dan kemurungan. inilah penyebab yg menghalang rasa bahagia seseorang..

so..bagaimana cara kite nak berasa bahagia..kebahagian sebenarnya perlu kita cipta sendiri..macamana tu yee??? mudah jer cuba tanya diri sendiri nak stay stress dan murung je atau kuar dan cari penyelesaiannya...

pernah tak kita terfikir aper yang kita ader sebenarnya intan bukannya kaca..selalulah ikhlaskan diri dalam aper jua yang kiter buat..
saya selalu ingatkan diri agar ikhlas dlm setiap yg saya buat..saya juga selalu ingatkan diri jangan harap kita akan dapat yang terbaik..


TEST AJERR...





semalam aku test motorbike my hubby tapi bukan aku yang bawak dialer bawak..tapi just ronda area putrajaya jerr..aku pun ngeri gak kalan jauh2 hehe...cuma pegi bayar2 duit2 keta jerr..
boleh pulak aku guna helmet biasa jer aku rasa sepanjang jalan helmet nak tercabut daaa..aku rasa macam aku pegang helmet jer lebih...dalam pada tu aku terpikir gak aper yang bestnya naik motor nie kann..pas niee kalau nak konvoi x perlah aku follow dengan keta jer lah dgn rannya biar dia jerr naik motor hehe...tu bermakna boleh konvoi tapi kena ajak aku gak lahh padan muka kannn...

next time kalau aku nak naik gak motor tu better aku guna guna semua peralatan yg dah ader kat umah tuu..orang kata biar bergaya asalkan diriku selamatkan...padahal helmet yg ader kat umah bukan main lagi safety nya...dok berbungkus jer tp dinding...
rasanya kecut perut gak lah bila nak masuk gear tu tapi bab belok baring2 ( sampai baring kee hehe ) aku tak takut lakk..

tapi kalau dah ader anak nie tu lah susah sebab naluri keibuan tu tinggi sgt bila pegi berdua anak dok kt umah ingat jer kan...tengok2 bila bbalik umah rannya dh tidoo...alah siannya aku terus panggil2 dia bila bukak jer mata terus sengih2 suka hehe...


Tuesday, June 1, 2010

dah start makan

my baby dah berumur 6 bulannn dengan beratnya 6.3kg nampaknya makin sibuklah mummy dia ni..sekarang nie lagilah dh start guling2 dari hujung ke hujung semua tempat dia nak pegi..

rannya jugak dh start makan bubur nasi..rasanya better bagi bubur nasi terus pasal rannya memang susah minum susu tu tak bagi mkn nestum..biasanya dia mkn 2 kali sehari..kalau waktu kerja nampaknya bibik dia lah masak tapi waktu cuti saya buatnya sendiri..

sekarang nie dah start kenal orang jugak bile lalu jer depan dia tapi tak ambik dia terus jer menangis konon2nya manja lah tuu kann tapi cute lah..sekarang pun dh pandai rebut barang dengan orang..paling dia suka ambik tepon lahh..semua masuk mulut bila ambik menangis terus..

baru sekejap nie aku check rannya dah tido menyiarap minat betullah budak nie tido mcm tu tapi hati aku yang tak sedapnya takut lemas jer tido macam tuu..tapi budak2 tengah tido pun comelkann hehe..

Tuesday, May 18, 2010

kisah my baby..

Hampir 4 hari juga rannya selsema..risaunya bila si kecik tak sihatkann..mujurlah dia tak banyak masalah walaupun susah nak bernafas dia try juga bernafas..kemarin dah bawak dia pegi klinik pakar kanak-kanak an-nur tu juga mungkin ambik masa sikitlah nak baik..arini saya tengok dia dah ok sikit dah tak ader hingus lagi..legalah tengok dia aktif jer

malam nie dia tido awal pukul 8 malam dah tido agaknya lepas makan ubat ngantuk kot..saya pun malas nak turun tengok tv terus jer menyibukkan diri..yelah kena tinggal memerap dlm bilik jer lahh..bosannn..bosan..


sabtu lepas rannya dah start boleh pusing2 badan dah..dia dah menyiarap di merata-rata tempat..tetiba tengok jer dah rapat bawah sofa hehe..macam nie tak boleh lekalah kena perhatikan dia jer..sekarang nie dia dah pandai menangis kalau org ambik barang yang dia pegang..memang cute ler kadang2 tu sajer suka kacau dia..paling suka dia berebut phone dengan saya lahhh..melalak2 dia nakkan tepon tu..

Monday, May 10, 2010

Hakikat sebuah Pernikahan

Sebuah artikel buat pedoman kita bersama...Semoga semua bahagia & dikurnia kemuliaan drNYA,insyaAllah...

Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan.Hakikat yang seperti apakah yang paling membahagiakan? Cuba kita lihat…dan manakah pilihan kita???
1- Jika hakikat pernikahan adalah kerana nafsu, maka pasangan rajin
bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan.
2- Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bankrup.
3- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka keripot atau badan jadi gendut.
4- Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak.
5- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.
6- Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagi pula manusia.Yang dicintai pasti MATI / PERGI.
7- Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepadaALLAH,
sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH

Sunday, May 9, 2010

This weekend...


This weekend aku tak pg bercuti cuma ronda2 kl ajer bersertakan 2 adik ipar aku cix n normy...kebiasaanya ari cuti kami bangun sikit lewatlah bukan selalu dapat bangun lewatkan..lepas solat subuh sambung tido lagi..biasanya rannya pun sama bangun lewat kalau dia tahu ader org teman dia tido..pagi sabtu tu aku sempat masak sandwich ajer utk breakfest..

trip pertama kami bermula seawal pukul 11 pagi..mula kami ke equine park pastu ke puchong hehe nak tahu aper kami buat kena tunggu lah bila semuanya menjadi realiti kang aku cite lebih2 tak ader aper jadi malulah hehe...

pukul 2 kami balik umah..aper lagi aku dengan sepantas kilatnya mulakan tugas memasak..untunglah bibik aku tak payah nk siapkan makanan utk kami sebab suami aku tak suka makan masakan bibik tuu...petang kami teruskan ronda sampai ke malam...

malam tu kami makan di Sri Ayutthaya wangsa Maju..masakan ala-ala thailand so kami order tomyam, green curry chicken, kerabu chicken feet, baby squid black paper, udang sambal petai..cukuplahhkan kang byk2 membazir pulakk..korang kena cuba mkn kat situ sedap jugak dan layanan pun bestt..

Mother day ahad nie aku lepak kat umah jer siapkan makanan untuk hidangan kami sekeluarga..kami ajak izah n family join makan di rumah meriah sungguh makan ramai2..menu biasa ajer tak lupa normy buat puding koktail untuk dessert lunch kami...

Wednesday, May 5, 2010

rutin hariaanku..

hampir setiap hari balik sajer dari kerja aku akan menunaikan solat..mandi jika aku rasa banyak masa lahhh..pas tu aku turun bawah untuk bermain2 dengan rannya sekejapp..dia kalau aku balik mesti sengih2 jer sukakann..cian pulak kalau tak pegang dia...

selepas itu aku masuk dapur untuk memulakan tugas memasak..pandai ker aku masakk???..bolehlah aku main belasah ajerr masak aper pun..yang penting boleh di makankan..semalam aku masak ketam pedas telur hehe..bunyinya macam pelik ajer tapi rasanya boleh tahan gak lahh..bibik aku memang jarang masak dia just tolong2 aper yang patut dan goreng2 ayam..ikan ker macam tu je lahh..

suami aku pulak balik keja nak makan hehe apalagi aku kenalah siapkan masakan walaupun tak seberape hehe..tapi my hubby kata sedap jer hehe..

Tuesday, May 4, 2010

bangun pagii..

Semalam aku tidokan rannya dan aku terus tertido..awal jugalah aku tido belumpukul 11 lagi waktu tu..pukul 4 pagi aku terjaga..tetiba aku tengok rannya tengah main dengan patung kuda der..diam jer tak menangis tu aku pun tak sedar bila dia terjaga ..ishk budak niee entah aper di buatlah..aku pun bangun dah buat susu untuk dia..pas minum susu dia pun sambung tido semula hehe agaknya tak tahu bezakan siang dan malam lagi agaknya..dok suka bermain ajer kejanya..

Pagi nie pukul 6.40 pagi dah besar jer mata dia..pusing kiri kanan pastu menyiarap dan bising2 bercakap bahasa dia..sebutannya macam bunyi aaa  aaa aabaaaahhh..hehe tu yang suami aku kata rannya dah pandai panggil dia hehe perasaankan..rupanya bangun pepagi dia nak berak rupanya...adikkk niee orang lain sibuk nak siap pegi keja dia pun sibukk jugaa.. aku pun hantar dia kat bibik dia untuk di tukarkan pampers...

Monday, May 3, 2010

Diari Rannya 5 bulan



pegi jalan2 di equine park

sebelum nie aku ader bagitahu nak tunjuk gambar baby aku..nie aku letak gambar dia yang kiut miut..umurnya baru 5 bulan, walaupun aku dah terlepas 4bulan nak tulis perkembangan dia tapi xperlah..

sekarang nie rannya yang aku panggil adik berusia 5 bulann..makin comel dia hehe walaupun org lain tengok x comel mana tp aku tengok comel hehe..dia baru ajer di tidokan oleh bibik dia..berat adik sekarang dah 6kg..makin cerdik dan makin berakal hehe..letihlah sikit nak menguruskan dia..tapi berbekalkan sifat keibuaan yang ader pada aku niee..semuanya boleh di atasi..

rannya masih belum tumbuh gigi hehe..dia cuma boleh menyiarap ajer sekarang nie..tp yang istimewanya rannya nie tak banyak ragam nak menjaga dia..dia tak pernah menangis mlm2 sampai terjerit2 tu..cuma nangis nk susu ajer biasanya tu pun nangis2 manja..

aku blm bagi dia makan lagi setakat nie dia cuma makan biskut untuk baby tu jer lah..lagi pun dia tak menunjukkan simptom tak cukup makan so tak perlulah kan..aku bercadang umur dia 6 bulan baru bagi makan bubur nasi..

aktiviti aku bila dengan dia aku ajar rannya baca ABC..123 hehe macam faham jer tapi dia suka sampai nganga2 mulut suka agaknya nak ikut tapi x pandai lagii..nak tido pun sama konon2nya belajarlah..


                                                             bersantai di rumah

Sambungannn....

Malam sabtu tuu kami makan di Restoran Simpang Tiga..masakan padang dan moden..Semuanya ala-ala indonesian..kami makan daging goreng,paru goreng,ayam penyekk,dan masak lemak perut kott...sedap jugalah tp yang istimewanya semuanya disertakan dengan sambal belacan dlm lesung batu yg comelll...baby rannya tertido atas pangku aku sambil aku makan..sian dia kena usung sana-sini...


Pas makan kami jejalan di Gerbang Malam..nak tahu aper dia Gerbang Malam tu ala2 pasar malam jer sebenarnya..lenguhlah lengan rannya tak nak duduk dlm stroller dia terpaksa dukung dia sekejap jerlah aku ronda...

Saturday, May 1, 2010

Jalan-jalan di Ipoh..

Minggu nie aku bercuti kat perak..selama 2 malam kami bermalam di bandaraya Ipoh..mula2 kami bermalam di Tower Regency dan malam nie di Syuen Hotel..

Malam tadi kami makan di Restoran MP..memang kenyang giler sampai nak tertido sambil makan..pastu boleh main masak2..semua seafood belaka..abis diet akuuu..

malam nie kami nak cuba makan di Restoran Simpang Tiga..masakan Padang..nanti balik aku bagi komen sedap ke tak tempat makan tu..bolehlah cubakannn..

cuaca kat sini tak berapa elok pulak tak dapatlah nk pegi ke Gerbang Malam..cuma dapat pegi ke Parkson jer lah kot pasal depan hotel jer ni..

Thursday, April 29, 2010

syokkk jugakk..

Hari nie pepagi aku dah up date blog aku..sambil buat keja sambil menaip hehe tengah giler lah nie..rupanya syok juga menulis dlm blog niee..ari nie ari jumaat syok tuu rehat lama..

tetiba feza datang menyibuk dengan muka comel dia tuu nak tengok blog aku..hehe sibuk betul budak nie..si sue dan mira pulak dok usha jer dari belakang..diaorang ni student yg datang praktikal kat tempat keja aku..diaoranglah yang menjalankan tugas aku hehe..padan muka kena buli...

PERTAMA KALINYA..

masa kat fraser hill nie

nie kali pertama aku menulis untuk blog aku..nampaknya banyak yg aku kena belajar lg niee..tak per mula2 memanglah susah sikitkan..lelama pandailah tu kan..kesian kat rannya terpaksa tido dgn auntie dia mummy dia sibuk ngan blog barunya nie hehe..rannya tak jdk pulak nak tido sambil pegang dia aku sambung balik menaip hehe..tapi rupanya tangan si kecik nie lg laju dari tangan aku..kiter sibuk dia pun sibuk juga..waktu mcm nie pun x tido lg si kecik nie dah pkl 10.30 mlm pun..

aku ingat nak letak gmbr rannya tp x dpt pulak ader masalah teknikal mungkin lain kali bolehlah kot..letak gmbr mummy rannya dululah hehe